Kelas Kursus Pemasaran Tiktok Shop
17 November 2023 | Aktiviti TerkiniRakan Digital PEDi telah menjalankan Kelas TikTok kepada komuniti dan usahawan yang berminat untuk memperluaskan jualan mereka secara dalam talian seterusnya dapat menjana pendapatan melalui platform TikTok Shop. Komuniti dan usahawan yang menyertai kelas ini mendapat tunjuk ajar dan bimbingan untuk membuka akaun TikTok shop dan juga cara membuat TikTok affiliate.
Mereka juga turut mendapat tips-tips menjual produk secara dalam talian seperti tips jualan tanpa produk, pantang larang TikTok dan juga tips LIVE di TikTok. Seramai 11 orang peserta telah mengikuti kelas TikTok ini. Petugas PEDi turut membantu dan mempelajari penggunaan aplikasi tersebut semasa program berjalan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: