Kelas Pemasaran Tik Tok Shop
7 Julai 2023 | Aktiviti TerkiniRakan Digital PEDi telah menjalankan Kelas Tik Tok kepada komuniti dan usahawan yang berminat untuk memperluaskan jualan mereka secara dalam talian seterusnya dapat menjana pendapatan melalui platform Tik Tok Shop. Komuniti dan usahawan yang menyertai kelas ini mendapat tunjuk ajar dan bimbingan untuk membuka akaun Tik Tok shop dan juga cara membuat Tik Tok affiliate.
Mereka juga turut mendapat tips-tips menjual produk secara dalam talian seperti tips jualan tanpa produk, pantang larang Tik Tok dan juga tips LIVE di Tik Tok. Seramai 18 orang peserta telah mengikuti kelas Tik Tok ini. Petugas PEDi turut membantu dan mempelajari penggunaan aplikasi tersebut semasa program berjalan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: