Kempen Internet Selamat (KIS) SK Perempuan,Padang Rengas,Perak
10 Disember 2025 | Aktiviti TerkiniTarikh: 09 Disember 2025
Masa: 8.00 Pagi-10.00Pagi
Pada 09 Disember 2025 yang lalu, NADI berpeluang mengadakan Kempen Internet Selamat (KIS) bersama para pelajar di SK Perempuan,Padang Rengas,PerakSeramai 205 orang pelajar dan 25 orang guru telah terlibat dalam Taklimat KIS ini.
Terima kasih juga kepada wakil MCMC Perak Cik Hanani dan petugas NADI Manong dan NADI Bukit Chandan,Kuala Kangsar diatas kerjasama menjayakan program ini.
Para pelajar didedahkan dengan topik seperti Apa itu Internet, Had Umur Media Sosial, Kandungan Media Sosial serta risiko penggunaan internet secara berbahaya.
Guru-guru turut memberikan maklum balas positif terhadap pendekatan yang digunakan, manakala para pelajar pula sangat teruja kerana dapat belajar sesuatu yang baharu dengan cara yang menyeronokkan.
Terima kasih kepada pihak sekolah atas kerjasama dan sambutan yang mesra. Semoga pendedahan seperti ini dapat membantu pelajar menggunakan internet dengan lebih bijak dan beretika.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: